Monday, October 19, 2009

Bio Aura Hi-Tech Water System



Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air

Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.

Apakah Teknologi Nano

Teknologi Nano, revolusi terkini yang membawa kepada kemajuan dunia dalam abad ke-21 ini. Ia berasal daripada perkataan Latin, dengan cirinya yang bersaiz KECIL - 1 nanometer = 0.000000001 meter. Ini jelas menunjukkan betapa kecilnya saiz nano, sehingga mencapai 1000 kali ganda lebih kecil daripada diameter rambut manusia.

Penggunaan Teknologi Nano

Menjelang era teknologi yang baru, Teknologi Nano luas diaplikasikan dalam pelbagai industri seperti perubatan, maklumat teknologi sehingga ke bidang elektronik dan komputer. Sebagai contohnya, sekeping disk bernano mampu menyimpan jumlah maklumat sehingga 10,000,000 kali ganda berbanding disk yang biasa. Ini turut membuktikan bahawa penggunaan Teknologi Nano bukan sahaja meningkatkan kualiti produk, malahan ia menambahkan kapasiti dan kebaikannya serta dapat mengurangkan pembaziran.

Keberkesanan Nano dalam Bio Aura Hi-Tech Water System

- Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat

- Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan

- Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien

- Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh

- Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum

- Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum

- Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan

- Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid

- Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan

Ciri-ciri Bio Aura Hi-Tech Water System

- Rekaan yang mesra-penyelenggaraan: menukar dan membersih penapis menjadi lebih mudah dengan system “pusing dan kunci? Saluran hos dalaman tidak kelihatan untuk penapisan yang kemas

- Pemasangan yang senang: disertakan dengan alat gentian untuk kesesuai jenis kepada paip rumah pengguna

- Penutup penapis yang berwarna: setiap penapis diindikasikan dengan warna yang berbeza untuk kemudahan pengguna

- Saiz penapis yang lebih besar: membekalkan kandungan yang lebih tinggi dan menjamin keberkesanannya

- Sesuai untuk kegunaan: rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan

- Pengiktirafan: kualiti air yang bertaraf dunia



Penapis A - Ceramic

Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bacteria.

Penapis B - Bacteriostatic Filter Media

Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bacteria.

Penapis C - KDF + Resin + Activated Carbon

Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsure logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bacteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.

Penapis D - Silver Carbon Block

Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsure logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

Penapis E - Bio-Micro Ball

Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.

Penapis F - Nano Ceramic Ball + Bio-Micro Ball

Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails